Dana Hidayah ialah satu tabung khas yang diwujudkan oleh Pusat Pendidikan Hidayah (PPH) untuk menampung perbelanjaan pembangunan fizikal sekolah: Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) dan Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH). Semua sumbangan yang disalurkan ke tabung dana ini akan dibelanjakan untuk aktiviti pembangunan sekolah, terutamanya pembinaan bangunan baru untuk menaiktaraf kelas, bilik guru, surau, makmal, perpustakaan dan sebagainya.

Pembangunan fizikal sekolah setakat ini:

 

Bangunan 4 tingkat ini menempatkan bilik guru dan bilik pembelajaran SRIH. Mula digunakan pada tahun 2002.

 

 

Bangunan 3 tingkat menempatkan Surau Lelaki (bawah), Surau Perempuan (tengah) dan Dewan Serbaguna (atas). Mula digunakan pada tahun 2007.


Pembangunan seterusnya yang dicadangkan ialah pembinaan bangunan sekolah bagi menggantikan 2 bangunan lama 1 tingkat kepada 2 bangunan baru 3 tingkat untuk kemudahan pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar di Pusat Pendidikan Hidayah (PPH). Anggaran kos perbelanjaan ialah
RM1.8 juta. Pembinaan bangunan sekolah yang baru perlu dilaksanakan secepat mungkin untuk menampung keperluan sekolah yang semakin meningkat dari segi bilangan pelajar dan yang berkaitan dengannya. Jika dana yang diperolehi mencukupi, kerja-kerja permulaan pembinaan akan dimulakan dalam bulan Jun 2010.

Berikut adalah beberapa gambar bangunan-bangunan sekolah lama yang perlu diganti:

Bangunan lama (1 tingkat) yang perlu diganti kepada bangunan baru (3 tingkat-Bangunan As-Syafie) - sekarang menempatkan perpustakaan, bengkel, bilik mesyuarat, kedai SMIH.


Bangunan lama (1 tingkat) yang perlu diganti kepada bangunan baru (3 tingkat-Bangunan At-Taqwa) - sekarang menempatkan kelas-kelas Tahun 1, bilik komputer, perpustakaan, kedai SRIH.

 

  • Sumbangan dalam bentuk cek (atas nama "Dana Hidayah") dan boleh dihantar kepada:

Pengerusi Dana Hidayah,
Pusat Pendidikan Hidayah
Kg. Sinaran Baru,
Km 26, Jalan Johor Bahru,
81300 Skudai,
Johor, Malaysia